Followers

Sunday, January 12, 2014

dapat 3 benda

hari ni dayah dengan aref ke jerantut. tujuan sebenar nak beli tiket bas balik ke melaka selasa nanti. gilir-gilir. kita kene fair.hehehe


keluar je rumah terus cakap kat suami. " abang amekkan gmbr". suami yg melayan kerenah isteri.hehe. 
baju rm10 + seluar slek yg berusia 3 tahun mungkin beli murah kat sogo + shawl lama yg dipakai balik. buat comeback konon. pakai murah asal selesa. sebnrnya pkai ape yg ade. hehe..

kasut? pink lagi? hehe.. alahai.. malas nk tukr kasut. kasut dayah simpan. nak jugak tunjuk. takut kate dayah tipu.ngeh3.



 tara! tempat simpan kasut ni bagus. beli dekt D.I.Y starmall. brg dekt D.I.Y murah. tmpt simpn kasut neh mudah disimpn bwh katil boleh. boleh simpn byk. boleh lindung dr habuk. kasut x cept rosak.

kasut murah2. ade yg jrg pakai. sebb x selesa pkai. nk buang sayang. kot kot nk buat come back mcm shawl balik.. wekk..hehe.. ade lg kat atas rak kasut 2 pasang. dekat melaka 2 pasang. kasut tak payah jenama kalau tak byk duit. ckup pakai yg mne ade je dayah neh..hehe



lepas dyh bergaya. abang dyh pun nak jugak. ULTRAS. baju ultras melaka yg die baru dapat. beli postage. happy sgt die dpt baju neh... hehe. nice jugak bang. syg je x dpt beli lg ultras phg. xcukup duit lg.sadis.sob sob..hehe.



siap selfie kami pun terus ke bndar beli tiket. harga sudah naik ma..gara-gara harga minyak naik. logiklah sebb bas bergerak gune minyak. nnti mereka yg rugi kan.tak dak apalah. harap selamat smpai ke destinasi. nnti smpai kl kat tbs amek bs ke melaka pulak. ^.^

lepastu kami dh xdek urusan lain. arif cakap takkan nk terus balik. kite ke expo lah. almaklum jerantut x mcm bndaraya.hee.. smpai expo beli satu bende je. spek mata. ape nama spek neh dyh dh lupe.


tara!! rasmi spek.jangan lupe selfie. hehe. harga rm15. nk beli yg beratus dop lagi lah haihhh.. 

sebelum masuk expo.nmpak ade org jual burger bakar. org yg paling happy encik suami. ape lagi. jom beli. dh lame die teringin. burger bakar neh bukk petg. biase gi jerantut pg. tu yg sush nak beli..hehe.

tara! burger bakar. depan TF jerantut. sedappppp.. harga mmg mhl sikit pada burger biasa. sebb daging die bakar. plg murh rm3.50.. smpi berbelas ringgit pun ade. ha..pilih nk yg mane oii...

tapi burger bakar yg kmi tak lupe burger bakar abg burn dekt shah alam. mmg terbaik.. jadi tak mustahil org sgup beratur pnjg. alhmdulillah. dpt merasa. waktu tu kebetulan org x ramai. razeki kami kan..hehe

lepas tu nk terus balik lagi. ermhh.. singgah lagi kat al-ikhsan.hari tu dh usha kasut. arif cikgu pj. nnti posting dh strt ngajar kne pakai kst sukan. lmbt ke cepat posting mmg kene beli. sebb mmg wajib. jd  sementara tgh ade duit belilahkan...


tara!! merah2 oren. striking benor. silau bang. PUMA. RM 229. beli yg mmpu. asal sedap pakai. biasa arif beli nike. ataupun adidas. tp brand mane2 asal yg berkualiti sbnrnye same. bila bnding dengan nike and adidas kat situ brkenan yg ni. ade je adidas dgn nike yg lg murh pd puma tu tp mgkin pilihan ats dsr selesa pkai dn mash x lari bajet amik yg puma.  cume kebiasaannya nike dengan adidas tu org mcm berie sikit..hehe.
biasa kotak kasut dalam kotak. tapi puma punya kotak tutup dgn beg. ade sebb tau puma buat gitu. menarik kan?

ha.. ce bace ape yg ditulis tepi beg tu. bagus kan puma? hehe. clever bag!

 dah beli jgn lupa free gift. al-ikhsan kdg2 baik hati. arif pilih beg kasut. seng letk kasut kan. sebb beli kasut.hehe


ha... tujuannya nak cari tiket je.. tapi 3 benda dapat. tiket, spek mata, kasut. sebab tu 3 benda. apa lagi..suami tercinta bergaya, dlm bilik pun jadilah bang. abg hensem dengan baju ultras baru pkai  + try kasut baru  + spek mata gitww.. iloveu

titi~!

Saturday, January 11, 2014

spend time : star mall

hari ni dayah dengan arif ke temerloh. tujuan utama nk beli tiket angah dayah yg poyo tu dari temerloh ke jitra. hehe. sory angah mucuk yg comel. kikikiki.. sempena raya cina. kena beli cepat. nanti tiket habis. tak pasal2 ke kedah ngantor die. jauh bak hanggg.. hehe

sambil menyelam minum air. ape lagi. kami berdue ke star mall mentakab. mall antara yg terdekt dengan jerantut. kecik haih dunia. jumpa dak junior maktab. mesti dorg bosan kat mktab awal sem tak byk bende kne buat. hehe
perasaan perasan dayah.

 ha tengok. sempat je kan. ngee. ni kat depan kereta. kami dah nk balik sebanrnye.

terlanjur kami kat sana. kami usha wayang ape yg ade. waktu plg hmpir 12.50 pm. arif nk tgok balistik. tak habis2 balistik dr mule kuar trailer lg. okeh. dayah kurang minat cerita mcm tu. tp layankan suami. ye idok..hehe. 

sebelum nak tunggu waktu wayang. kami round2 dulu and isi perut kosong. cuci mata. nk makan pizza tapi tak de. as saving fast food. saving. kami pilih kfc lah senang. lunch treat. hehe. nasi ayam pun jaaadilah. asal makan dan alas perut. ape ada hallll...alhmdulillah kan..hehe



jalan-jalan jalan-jalan. stop. snap gmbr. selfie. ish3


tara. selfie bahagian 1

kami. kami. kami dan kfc. perut kenyang suka hati..hehe

habiskan air bang. x habis tak leh tgk wayang.hehe.


kalau korang nak tahu kisah balistik dengan barisan pelakon mereka. ce search kat link neh.

minta maaf. bagi dayah sebagai penilai kurang profesional as penontonlahkan, dayah bagi 3 bintang je. kurang best jalan cerita balistik. jalan cerita agak perlahan. aksi hanya tembak2. rasa hero lawan mcm hindustan kurang logik. tapi die punya ending menarik dan elemen sedih tu agk terasa. jalan cerita kalau dimantapkan lg mmg best kot. tp tu dyh lah . sebagai penilai as penonton lain orang lain pndangannya kan..hehe.. mcm kite rase kek coklat. setiap orang lain rasa dan minatnya. apepun tahniah semua para pelakon.


3 bintang! ape kau tau dayah pasal filem.hehe



habis wayang kami terus balik. tapi singgah balik terminal bas. sebab nk tukr tiket angah dayah salah beli. otw nk balik ade mcd tepi jalan drive thru beli eskem je. mcd mc flurry oreo. peberet. asal jmpe mcd bli mc flurry oreo je pun xpe. cukup cukup sudah.wat bekal otw balik jtot.hehe

muke bersihnye. untunglah dpt muke gitu. thank you camera 360.! oh sadis..hehe


nilah ragam kami. tak de anak lagi perangai gila-gila. darah muda. trafic light merah sempat je snap2 gmbr kan. hehe. terima kasih abang. yang sporting kelakar and segalanya. memg suke annoying. wek..! hehe

dayah nak kisah hidarif ni anak cucu baca. InshaaAllah moga dikurniakan anak cucu. pastu dorang akan cakap annoying kan ibu dengan walid neh. atau wan dengan atuk ni gedik. hehehehe.. abadikan kenangan kami. sebab tangkap gambar jarang cuci gambar sekrg. nti  tak de kenangan.  kalau tulis dairi tak de gambar. nak cuci tepek gmbr tak rajin. teknologi blog. yes! hehe ^.^

ok bye. titi!

Thursday, January 9, 2014

miss cameron

hujan tak henti2 dari pagi. mendung sangat. kabarnya bakal banjir gelombang kedua.
apa yang difikir kalau jadi lagi gelombang kali kedua sangt kasihan kepada mangsa banjir. harapnya tidak. biarlah hujan ini hanya menjadi hujan rahmat. InshaaAllah.

hujan sangt sinonim dgn sejuk. mak oi.. rumah dyh atas bukit dikelilingi keindahan pohon kehijauan di kampung lagi sejuk. mengingatkan pada cameron. cewaahh! 

rindu sangat dengn cameron. Dulu masa study kat maktab lipis mmg selalu jugak ke cameron. bak kata orang... cameron dengan student maktab sinonim. itulah kelebihan. sebb mcm uitm shah alam depa dh tak heran dengan I-City shah alam. ha lebih kurg gitulah dengan student ipg lipis. he he he. dari pelusuk negeri yang study kat mktb lipis mesti pergi sana. lagi berkali2 dari dayah yg org phg pulak tu study kat maktab lipis. tapi ape heran..orang asli atas pada sungai koyan tu lagi tak heran mereka ke cameron hari2..hehe..

apapun..student mktb lipis kalau ade kereta, bajet tak banyak sgt pun x pe..pergi luangkan masa menikmati keindahan ciptaan Allah. menenagkan fikiran setelh hustle bustle study kan. release tension keww.... hehe..memg ke cameron selain ke kl. itulah destinasi yg kerap dan kebiasaannya. alah... zmn student je dgn kawan2. lepas tu ntah abad ke berapa lagi korang nk togethers dgn kawan. tak dak... hehe.

dayah pun tak ingat dah berpa kali ke cameron. tp yg paling ingat 9 kali. cewah siap kira u ollss... hehe
paling last pergi mase honeymoon hari tu. satu malam je. tak tahan sejuk mak ai! tak payah psg kipas. mmg tak heran tadak aircond. mndi air pns pun tak kene air pns sejuk balik. hehe


ni suami saya.! hehe. hai bang... merenung jauh nmpak.. ;)


ni toksah cakap. selfie. kat cameron bharat. tempt plg senang nk berhenti. why not minum secawan teh. secawan je okeh. harge mahai. nak mearasa tak salah haih..hehe

ni kat strawberi farm. mmg tempt favourite kami. nk ghase stroberi konon. hehe
(masa neh tgh merajuk. leps tu dak arep boleh ambik gmbr. kite thn mrh. kaw tgok muke tuh dh mcm rimau. mmg sinonim lg dgn singa adik dgn angah panggil..hehe)

okeh. yg atsa  3 tu lah gmbr last waktu kami honeymoon ke sana..


berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Tea Boh. cntik sini. seius. tempt lakonan ombak rindu. yg aeron aziz tu. kami pun minum teh kat siru feeling feeling ombk rindu..hehe. mase neh gi dgn kawan2. ade za, pie, nawab, janah. seronok dengan mereka. hehe


ni lagi. selfie. feeling mcm kuch kuch ho ta hai. uh... mase neh gi dgn kawn2 jugak. arep sorg je lelaki. driver. and guard! hehe

ni la gigirls yg pergi. pikah, janah and masha poleng. hehe. kitorg naik saga ma dayah..

tak ingat dah gmbr lain tu yg keberapa kali pergi. ade lagi gmbr tapi tak cntik. tak pelah. tak payah banyak. ade rezeki nak pergi lagi. tunggu rezeki. sekarang fokus nk tunggu posting. kite dah kawen hoii...~ ;) banyak komitmen. hehe. titi!

Tuesday, January 7, 2014

spend time : I-City Jerantut

I-City Jerantut? haah.. kaw hada? ingat shah alam je ade i-city? hehe
tapi takde la sebesar shah alam.

Jerantut bukanlah satu bandaraya yang besar.tetapi sebuah daerah yang punya bandar agak kondusif. go Jerantut go! Jerantut ada daya tarikan sendiri. Jerantut Bandar Taman Negara. huran sangat ke? hehe Halah... setiap tempat ada kelebihan dan kekurangan masing2.

Jerantut merupakan antara daerah yang terbesar dalam negeri Pahang.
disebabkan jerantut tidaklah punya mall yang korang boleh parking and berjalan dalam mall lepak.
mahupun jerantut tidaklah punya tasik atau pantai tempat bersantai dan lepak.

oleh itu, sejak wujudnya I-city jerantut dalam suasana taman dan santai. sangat sesuai bagi seisi keluarga meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan selain mencari barang keperluan di bandar.

orang kata, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
dari mana kita datang disitulah bumi bertuah kita.
walau kemana pergi indahnya tempat orang sayang itu pada tempat sendiri.

hari ni lepas selesai sedikit urusan di bandar Jerantut. ambik masa santai bersama suami. hari ni tak ramai sebab hari sekolah. kalau hujung minggu penuh. memang susah la nak dapat tempat duduk.



kadang-kadang datang angin selfie. tapi nasib tak de orang. kalau tak segan.ehee..


nak lepak tak perlu banyak makanan. kalau bajet cukup belilah mcd sebakul dua ea..tapi macam kami cool blog siap beli satu share dua orang. hehe


he said: jangan tinggalkanku wahai dinda..kikiki.gurau!


Jerantut dah ade cool blog. kecik je stall die sebelah TF. okeeeeyylah dari tak de. favourite coklat :)


buai-buai laju-laju. sampai pokok sena. nak kawin dengan arif (lirik lagu lari) cantik kan buai dia? stail kayu. ni kalau hujung minggu mmg tak de can nak dapat. pergi time neh..ermmhh.. pilih mana nak kosong..hehe


tu tak tahulah muka penat melayan isteri bergambar mungkin. tapi sebenarnya muka abang serius lagi hensem dari senyum! hehe


titi.!

rasmi blog


Bismillahirrahmanirrahim.
11.30 pm . Selasa. 7 Januari 2014. maka dengan rasminya pembukaan blog ini.
blog dayah yang lama kurang kondusif. ceh. kondusif kaw. ade macam keadaan tempat je kondusif. he he. sebab blog lame ade dua entry bagi satu post. memang tak boleh diperbetulkan lagi. kecuali mungkin dengan kepakaran daripada international blogger. he he

Yang bagi galakan suruh tulis blog balik encik suami. mintak dia tulis tak mau. kita yang tulis. dia tak tau agaknya nanti blog ni akan bersawang balik siap jadi tempat labah-labah akan datang bila mood berblog dah hilang. atau dah tak de masa. atau asyik tertangguh. atau malas. wah! ini kisah orang banyak alasan.. he he he.

nak tulis blog ni macam-macam kena ambik port. nak kene ade laptop tu penting. dengan kelajuan internet lagi. tambah dengan kene  ada masa lapang. kene rajin nok... rajin.. apa pun.. setiap coretan tu hak milik empunya dri. pembaca sebagai penilai. semua orang ada pandangan masin-masing. itu kisah manusia. ye. kisah manusia. asam garam hidup. biarlah. jangan peduli. kan? kan? yang penting ini diri kita milik dan punya Allah yang satu. :)


Photo: kredit to Haziq Marhaimi

kisah bersahabat: 2010
mula kisah cinta : 22 Februari 2011 (22/2/11)
tarikh tunang :  3 Jun 2012 (3/6/12)
Tarikh ijabqabul : 1 Jun 2013 (1/6/13)  -----> 22 rejab 1434 H


Alhamdulillah. dayah dah kahwin. terima kasih Allah. terima kasih ma abah angah adik. terima kasih mak ayah keluarga mertua. sahabat2. saudara mara warga pendidik yang mendidik diri ini. seluruh yang mengenali diri ini.cukuplah dengan tarikh yang dayah tulis tu untuk rentetan kisah chenta kami. wah! gitu. banyak lagi yang nak dicoretkan. kot selit mana-mana kisah nanti ade la kot. titi!